Saturday, November 13, 2010

Ummi

Age 4, we think: Mom knows everything!

At 8: Mom knows a lot.

At 12: Mom doesn't really know everything.

At 14: Mom doesn't know anything.

At 16: Mom doesn't exist.

At 18: She's old fashioned.

At 25: Maybe mom does know about this!

At 35: Before we decide let's ask mom.

At 45: I wonder what... mom thinks about this?

At 85: I wish I could ask mom about this.

Re-post if you have the best mom in the world.

Friday, November 12, 2010

Paolo nutini – candy – dengarlah – desir – berbunyi – terbanglah – berbaring – tenang -

Bayangkan tubuh terbaring bertentang langit mega jingga.terapong.bergerak selari mega jingga.melintasi jambatan semi lingkaran tujuh baris warna.bergerak selari burung besi.terapong atas tumbuhan dandelion menegak melambai.jemari membelai debunga.bergerak selari yang berterbangan.mencari destinasi berkembang.depanglah.depanglah lega.biar semua mampu ke destinasi.selaju masa.hingga musim salju.

+pilihan+sekadar bayangan jujur fakta tersurat


- AdaRasa –

Monday, July 6, 2009

Water sebuah filem feminisma?

Water_ost_28cover29 WATER ialah sebuah filem yang mengisahkan golongan janda yang hidup tersepit di kalangan masyarakat India pada sekitar 1938 di mana bermulanya zaman kebangkitan Gandhi.

Bayangkan anak-anak perempuan sering dianggap pembawa beban dan malang kepada keluarga. Maka dengan kesempitan hidup yang cukup menghimpit telah mendesak ibubapa untuk mengkahwinkan mereka dengan mana-mana lelaki biar pun kanak-kanak perempuan tersebut baru berusia 7 tahun... Bertambah malang lagi jika si suami pula meninggal dunia. Maka perempuan itu secara terusnya dilabel sebagai pembawa sial. Seterusnya sebagai hukuman si perempuan akan dipakaikan baju putih, dibuang semua alat perhiasan di badan serta dicukur sampai botak sebagai label mereka adalah berstatus janda. Bagi komuniti India pada ketika itu si janda hanya mempunyai 3 pilihan:


1) Mati dibakar bersama suaminya yang telah mati

2) terus hidup sebagai pembawa sial atau hidup dirundum kekesalan

3) jika keluarga si suami bertimbang rasa maka mereka akan dikahwinkan dengan adik suami mereka.


1 Cerita ini lebih menarik kerana watak utamanya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Chuyia di mana beliau telah kematian suami ketika berusia 8 tahun. Bayangkan ketika usia sementah itu, apalah yang ada difikiran kanak-kanak tersebut? Hanya tahu ingin bermain dan bergembira sama naluri seperti kanak-kanak yang lain juga. Ketika suaminya sedang nazak, Chuyia masih mengunyah batang tebu dan menggeletek kaki suaminya sehinggalah dia tidak menyedari suaminya telah meninggal dunia.

Kemudian apabila bapa Chuyia bertanya kepadanya; "Tahukah kamu sudah berkahwin dulu?"

Sebaliknya Chuyia menjawab; "Tak tahu.."

(Itulah saya semasa zaman kanak-kanak juga tidak tahu sangat perihal dunia orang dewasa sehinggakan saya fikir dengan abang kandung pun boleh berkahwin..ahahah itulah betapa naifnya saya dan betapa naif juga kisah Chuyia..)

Namun begitu Chuyia juga merupakan seorang kanak-kanak yang 2_1

pintar dan sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu. Biar pun dia mulai tahu bahawa dia merupakan janda tetapi dia masih terpinga-pinga dalam memahami apakah konteks seorang janda di kalangan masyarakatnya ketika itu..

Setelah suaminya meninggal, Chuyia dihantar ke sebuah tempat di mana golongan janda yang hidup terpinggir dan sering dilempar dengan tohmahan terpaksa menyara kehidupan mereka dengan meminta sedekah di kuil. Paling menyedihkan seorang janda remaja di kalangan mereka yang bernama Kalyani terpaksa melacurkan diri demi menampung kehidupan janda-janda yang lain... Lihatlah betapa tidak ada nilainya janda di minda masyarakat India ketika tu. Namun keadaan berubah apabila seorang pemuda, Narayan (John Abraham) yang baru menamatkan jurusan perundangan telah pulang ke kampung tersebut. Narayan yang membawa fahaman baru dan memegang kuat ideologi Gandhi berasa begitu kecewa dengan keadaan dan gaya pemikiran masyarakat kampung tersebut. Tindakan Narayan untuk mengahwini Kalyani (janda yang dijadikan pelacur) telah memberi impak yang cukup besar di kalangan janda-janda yang lain. Akibatnya sebagai hukuman Kalyani telah dikurung dan rambutnya dipotong pendek. Ini kerana bagi mereka janda adalah berdosa untuk berkahwin lagi biarpun undang-undang telah meluluskan bahawa janda dibenarkan berkahwin . Percanggahan tentang agama atau tradisi budaya dan fahaman Kerajaan yang cuba diperbaharui oleh Gandhi iaitu janda dibenarkan berkahwin lagi hanya dipandang sepi dan tidak membawa apa-apa manfaat kepada masyarakat kampung tersebut. Hal ini telah membawa pemberontakan kepada jiwa Shakuntala (seorang janda yang berusia lingkungan 40). Menjurusnya untuk membebaskan Kalyani biarpun akhirnya Kalyani telah mati membunuh diri apabila dia mengetahui pelanggannya selama ini merupakan bapa Narayan sendiri. Maka dengan itu Chuyia telah dipaksa untuk dijadikan mangsa seterusnya sebagai pelacur bagi menggantikan Kalyani. Hal ini amat mengecewakan Shakuntala seterusnya mendesaknya untuk melarikan Chuyia dari rumah “gelap” tersebut dan menyerahkannya kepada Narayan dengan harapan Narayan dapat memberi penghidupan yang lebih baik kepada Chuyia di tempat lain di mana status janda tidak dipandang hina dan diterima oleh masyarakat sekeliling.


Cerita ini mengenai harapan, cinta dan kenaifan serta kedaifan.

Berikut adalah 10 sebab kenapa WATER?

  1. AIR - merupakan pencetus bibit percintaan antara Narayan dan Kalyani kerana tatkala Kalyani memerah baju di beranda, air perahan bajunya jatuh terkena di kepala Narayan yang kebetulan sedang lalu di situ.
  2. AIR - menjadi pengantaraan Kalyani untuk dibawa kepada pelanggan-pelanggannya.
  3. Air - akibat tidak sempat minum AIR, janda tertua di rumah tersebut telah meninggal dunia.
  4. AIR - juga tempat Kalyani melemaskan diri.
  5. AIR - ia melambang tangisan di hati Shakuntala, Kalyani dan Chuyia
  6. AIR - masyarakat India mempercayai sungai Gangga boleh menyucikan dosa mereka
  7. AIR - dijadikan tempat menampakkan bayang-bayang pengantin baru tetapi bayang-bayang janda dilarang sama sekali menyentuh bayang-bayang pengantin tersebut kerana ditakuti membawa badi kepada pengantin.
  8. AIR - hujan sering kelihatan dalam cerita ini dan Sungai Gangga juga sering diperlihatkan sebagai metafora cerita.
  9. AIR - merupakan sumber minuman, membasuh serta keperluan orang kampung di situ
  10. AIR - ia kelihatan terlus dan mampu memperlihatkan bayang diri tetapi tidak mampu dipegang seolah-olah perlambangan diri Shakuntala dan wanita-wanita yang senasib dengannya.

Water_poster_2Ehhehehe..itu sahaja yang mampu saya simpulkan untuk cerita yang menarik dan sangat memaparkan kehidupan realiti sesetengah manusia di muka bumi ini...Apa-apa pun ini sekadar sudut pandangan naif saya sendiri dan sangat gembira untuk berkongsi pendapat dengan anda sekalian berkenaan fenomena dan pegangan masyarakat di dalam cerita ini. Mohon tunjuk ajar. Sekian.


LaRomansa (LatinRomanDansa)

Jangan mudah tertipu dengan nama manis blog ini..Ini adalah blog ANIMASI, fantasi, realiti dan geligeli ...Mari BERILMU!